Skip to main content

Mencari Nilai Ikhlas

Bismillahirrahmanirrahim.

"Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang bentuk badanmu dan tidak pula memandang kepada kedudukan mahupun harta kekayaanmu, tetapi Allah memandang pada hatimu. Barangsiapa memiliki hati yang soleh maka Allah menyukainya. Bani Adam yang paling dicintai Allah ialah yang paling bertaqwa". (HR Al-Tabarani dan Muslim)

Cuba kita bayangkan orang yang melalui jambatan yang dipenuhi duri. Pasti dia sangat berhati-hati dalam setiap langkahnya. Berfikir berdasarkan ilmu, berpaksikan iman. Sekiranya tersalah langkah pasti luka terpijak duri. Andainya tidak dapat menimbangi badan, pasti jatuhlah ke lembah yang dalam. Dan itulah TAQWA



Lidah kita mudah mengatakan IKHLAS, namun hakikatnya susah untuk mencapaikannya. I.K.H.L.A.S cukup mudah untuk kita mengeja, hatta anak kita yang baru pandai bercakap pun mampu menyebut ikhlas. Namun apakah nilai ikhlas yang sebenar?

Imam Muslim meriwayatkan hadis mencerita tentang tiga golongan manusia yang mana di dunia mereka dimulaikan oleh masyarakat.

Golongan yang pertama ialah seorang yang telah gugur di medan perang. Dia dipanggil dan ditunjukkan kepadanya nikmat yang telah diberikan kepadanya, dan ditanya kepadanya apakah yang telag dia lakukan dengan itu. Maka dia mengatakan bahawa, "Ya Allah, sungguh aku telag berjuang di jalanMu sehingga aku gugur di medan perang". Lalu Allah mengatakan, "Engkau telah berdusta. Sebaliknya engkau berjuang supaya dikatakan sebagai orang yang berani, dan engkau telah diperkatakan sedemikian". Maka dia diseret dengan mukanya, lalu dihumban dalam api Neraka.

Golongan yang kedua pula adalah orang yang telah menuntut ilmu, mengajarnya dan membaca Al-Quran. Dia dipanggil, lalu diperlihatkan kepadanya nikmat yang telah diberi kepadanya, lalu dia ditanya tentangnya. Dia mengatakan,"Sungguh aku telah menuntut ilmu dan mengajarnya untukMu Wahai Allah, dan aku telah membaca Al-Quran untukMu wahai Allah". Lalu dikatakan kepadanya, "Engkau berdusta. Engkau menuntut ilmu supaya engkau dikatakan sebagai alim, dan engkau membaca AlQuran supaya engkau dikatakan sebagai qari, dan engkau telah pun dikatakan begitu oleh manusia". Maka dia pun diseret dengan wajahnya di tanah dan dihumban dalam api Neraka.

Golongan ketiga adalah orang yang telah diperluaskan kepadanya oleh Allah dengan diberikan segala bentuk harta kepadanya. Mereka diseru dan diperlihatkan nikmat yang telah diberikan, dan ditanya apa yang telah dilakukan dengan nikmat itu. Mereka menjawab, "Sungguh tidaklah jalan untuk aku berinfaq (bersedekah) keranaMu wahai Allah, melainkan aku telah infaq pada jalan itu". Allah mengatakan, "Engkau berdusta. Engkau telah infaq hanyauntuk dikatakan oleh manusia sebagai orang yang pemurah, dan engkau telah pun dikatakan begitu oleh manusia'. Lalu dia diheret dengan wajahnya dan dihumban ke dalam api Neraka. (HR Muslim)



Nilai ikhlas ibarat mutiara di dasar lautan. Begitu sukar untuk mendapatkannya. Berenang, menyelam dan terus menyelam demi mendapatkan sebuah mutiara keikhlasan. Nilainya yang sangat berat di atas timbangan Ilahi dan sangat beruntung sekiranya hati kita dihiasi muatiara ikhlas ini. Dan ikhlas ini merupakan sebuah perjuangan yang bukannya mudah. Demikian ungkapan daripada sebuah buku Inspiring fos Success:"Kehidupan di dunia adalah ladang di akhirat, iaitu tempat menanam, menyemai, bekerja dan berjuang. Di akhiratlah kita akan memetik hasilnya. Dunia hanya persinggahan dan bukan pengakhiran sebuah perjalanan".

Dimanakah nilai ikhlas bagi seorang isteri jua ibu? Fikir sejenak....

Banyak amal dan pengorbanan yang tidak diterima kerana dikerjakan dengan hati yang tidak ikhlas. Alangkah ruginya kita sebagai suri yang menghadapi kesusahan di saat mengandung dan keperitan di saat melahirkan anak itu tanpa ada nilai ikhlas. Ikhlas umpama kunci bagi setiap perbuatan kita, malah amal yang kecil seperti menyapu rumah, membasuh pinggan, melipat kain menjadi besar di sisi Allah jika kita sertai dengan ikhlas.

Ramai manusia yang mencari-cari kekuatan di saat goyah. Kekuatan mungkin dapat diperoleh dari faktor luaran seperti hadir majlis ilmu, nasihat dari sahabat mahupun faktor dalaman seperti solat dan sabar. Sebenarnya keikhlasan juga dapat memberi kuasa atau kekuatan dalaman yang sangat hebat.  Ikhlas dapat menjadikan seorang manusia itu tetap kuat  pada saat ribut melanda. Dan keikhlasan ini juga merupakan kunci ketenangan dalam rumah tangga. Dengan sebuah keikhlasan insyaAllah kita dapat menjalani setiap ujian dan masalah dengan redha.


Comments

Popular posts from this blog

Resipi Nugget Ayam Simple & Cepat

Assalamualaikum. kita bertemu kembali. Hari ni nak share pasal resepi nugget ayam yang paling mudah, simple dan jimat. al-kisahnya bila anak saya, aisyah hafizah suka makan nugget. So, abinya request agar buat nugget homemade untuk anak sulung yang solehah ini. Bahan-bahan : Isi ayam 5 keping roti (diremdam dalam air sehingga kembang) 1 biji telur 3 ulas bawang putih (dicincang) 2 sudu besar minyak bijan/masak 1 sudu kecil gula 1 sudu besar garam 1 sudu besar serbuk lada putih tepung gandum serbuk roti telur Cara-cara : Masukkan semua bahan di dalam blender. Kisar sehingga lumat Masukkan semua aduan dalam satu loyang Kukus selama 10 minit. setelah sejuk, potong aduan tadi menggunakan acuan biskut/ potong mengikut kehendak               4. Salutkan dengan tepung sehingga sekata       5. Celupkan dengan telur       6. Akhirnya sekali, celupkan ke dalam serbuk roti (breadcrumbs) sehingga betul-betul menutupi              nugget      

Ikhtiar Hamil dengan ResV

Badan kita beza beza. Ada orang perlu kerja lebih utk bagi organ dia betul betul fungsi. Macam contoh master nini bagitahu.. "Sama lah macam budak budak yg belajar. Ada yg kena strugle lebih utk jd cemerlang." Ada pelajar yang tidur dalam kelas pun boleh straight A. Setuju? Jadi tak salah untuk kita  #ikhtiarhamil  dengan ResV. Sebabnya... Dalam resv ni ada nya beberapa ingredient yg amat bagus untuk bantu  #kesuburan  kita meningkat. Res-V Soft Gels aka VIVIX in capsules. Bayangkan ia mengandungi kandungan Vivix (yang sangat hot selling tu) dan DITAMBAH 5 lagi ingredients baru yang sangat berkhasiat. 💞   Dalam bentuk gel 💞   Tak perlu simpan di dalam peti ais 💞   Senang nak bawa travel 💞   Semulajadi 💞   Kemajuan Saintifik 💞   Kuasa Anti-oksida 💞   Di sokong oleh 6 pattern 💞   Dijamin Halal 💞   Di buktikan secara Saintifik untuk, 🍇   meningkatkan perlindungan sel 🍇   meningkatkan tenaga dalam sel 🍇   menguatkan pertahanan sel

24 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita  2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan  3. Mencegah salur darah dari tersumbat  4. Omega 3 dapat mengelakkan strok 5. Mengekalkan tekanan normal darah 6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher 7. Mengurangkan sakit kepala 8. Merendahkan kolestrol 9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan 10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL 11. Mengawal masalah obesiti 12. Mengurangkan risiko penyakit jantung 13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin 14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak 15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak 16. Membantu menyihatkan paru-paru 17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll 18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) 19. Omega 3 juga membantu memperbaiki pe