Assalamualaikum wbt.
Al-kisahnya bila en suami request nak makan spagetti. Disebabkan beberapa bahan tak cukup, maka jadilah resepi edisi melayu. Tanpa tomato puree & tanpa italian herbs. Alhamdulillah menjadi. Sampai bertambah-tambah anak dan en suami makan. tak tahu dah sedap ke tak, tapi yang penting habis. alhamdulillah. kita simpan sini sebagai nota ummi.
3 biji tomato - 2 biji dikisar & 1 biji dipotong dadu
2 keping daging burger-dikisar /dicincang
1 bawang besar -potong dadu
3 ulas bawang putih- dicincang
1 mangkuk kecil carrot -potong dadu
2 sudu sos tomato
1 bunga cengkih
1 asam keping
1 biji telur
3 sudu tepung
Gula & garam secukupnya
2. Campur sedikit bawang putih dan bawang besar
3. Masukkan telur, tepung dan garam
4. Gaul sekata dan simpan 10-15 minit dalam freezer
2. Masukkan daging cincang, tomato dadu, carrot. Kacau sehingga kekuningan
3. Masukkan tomato yang dikisar, asam keping, sos tomato, gula dan garam
4. Tunggu sehingga mendidih, masukkan bebola daging yang dibeku tadi. Kepal bebola daging mengikut size yang diinginkan
5. Perlahankan api, tunggu sehingga kuah menjadi pekat.
p/s : Sekiranya kuah terlalu pekat, masukkan air rebusan spagetti dalam kuah.
Al-kisahnya bila en suami request nak makan spagetti. Disebabkan beberapa bahan tak cukup, maka jadilah resepi edisi melayu. Tanpa tomato puree & tanpa italian herbs. Alhamdulillah menjadi. Sampai bertambah-tambah anak dan en suami makan. tak tahu dah sedap ke tak, tapi yang penting habis. alhamdulillah. kita simpan sini sebagai nota ummi.
Bahan-bahan : untuk 3-4 orang makan
3 biji tomato - 2 biji dikisar & 1 biji dipotong dadu
2 keping daging burger-dikisar /dicincang
1 bawang besar -potong dadu
3 ulas bawang putih- dicincang
1 mangkuk kecil carrot -potong dadu
2 sudu sos tomato
1 bunga cengkih
1 asam keping
1 biji telur
3 sudu tepung
Gula & garam secukupnya
Cara buat bebola daging:
1. 1 keping daging burger dicincang halus.2. Campur sedikit bawang putih dan bawang besar
3. Masukkan telur, tepung dan garam
4. Gaul sekata dan simpan 10-15 minit dalam freezer
Cara buat kuah :
1. Tumis bawang putih, bawang besar & bunga cengkih hingga naik bau2. Masukkan daging cincang, tomato dadu, carrot. Kacau sehingga kekuningan
3. Masukkan tomato yang dikisar, asam keping, sos tomato, gula dan garam
4. Tunggu sehingga mendidih, masukkan bebola daging yang dibeku tadi. Kepal bebola daging mengikut size yang diinginkan
5. Perlahankan api, tunggu sehingga kuah menjadi pekat.
p/s : Sekiranya kuah terlalu pekat, masukkan air rebusan spagetti dalam kuah.
Sedapnyo..nyum2
ReplyDeletehihihi... boleh try buat kak. versi melayu punye
Delete